Assalamualaikum n selamat pagi. Dah lama tak menulis kat sini. Cik yah agak kesibukkan sikit dengan rutin harian. Hari ni nampak macam ada kelapangan sikit. Jadi jangan buang masa.
Hari ni cik yah nak cerita yang cik yah sekarang tengah consumed satu jamu ni. Mustika Ratu. Alahh. Tak kan tak pernah dengar. Nama ni memang dah lama wujud. Since zaman mak cik yah lagi. Cik yah baru je mula makan jamu ni. Itu pun sebab mak cik yah yang beria suruh cik yah amalkan.
Alhamdulillah. Setakat ni ok. Cik yah memang tak suka makan ubat. Paling menyampah sekali makan ubat. Macam satu penyiksaan bila kena suruh makan ubat. Tapi demi kesihatan dalam cik yah gagah kan la jua. Dah nak masuk minggu kedua ni Alhamdulillah cik yah masih consistent.
Ni la yang cik yah makan sekarang.
Buat masa ni cik yah makan jamu Mustika Ratu Surut n Mustika Ratu Perawatan Wanita. Ok. Sebelum cerita panjang lagi sukacita cik yah maklum kan bahawa cik yah TAK JUAL MANA-MANA PRODUK DALAM POST INI. Cik yah pun beli dari kedai je. Dan post ni bukan tujuan PROMOSI. Sekadar perkongsian sahaja. Ok. Got it?
Mustika Ratu Surut tu adalah untuk membuang angin dalam badan. Dipercayai juga mampu mengempiskan perut yang buncit. Yang ni testimony mak cik yah. Tu sebab dia recommend kat cik yah. Memandang kan perut cik yah memang agak buncit so cik yah pun setuju. Satu hari cik yah pi Mydin Mall terjumpa jamu ni terus beli. Tak pikir panjang dah. Jamu ni dalam bentuk caplet. Cara pengambilan satu caplet pagi dan satu caplet malam. Masa mula-mula makan tu memang asyik burpp je. Dengan kentut. Mungkin proses pembuangan angin kot. Pastu dah lama-lama sikit kurang dah angin. Buang air besar pun lawas. Cik yah pun happy. Haha.
Ok sekarang Mustika Ratu Perawatan Wanita pulak. Yang ni pun dalam bentuk caplet. Dalam kotak tu ada 4 plastik. Dia dah bahagi-bahagi ikut hari yang kita perlu ambil. Ikut je instructions kt belakang kotak tu. so far cik yah berpuas hati. Antara kesan yang cik yah dapat rasa adalah tumit merekah cik yah semakin pulih. Kalau tidak dulu memang teruk. Banyak kelebihan jamu ni. Tapi cik yah tak dapat nak story mory lagi sebab cik yah pun baru mula. Nanti kalau ada perubahan besar cik yah cerita ya.
Disebabkan cik yah ni tak suka makan ubat so setiap kali makan ubat cik yah kena ambil dengan air sedap or standby gula-gula. Untuk sebelah pagi cik yah akan ambil jamu ni dengan minum Mineral Coffee, kopi pracampur dengan garam buluh.
Cik yah tak boleh minum kopi biasa. Sebab caffeine dalam kopi akan buat cik yah berdebar-debar n menggigil. Satu hari adik ipar cik yah suggest cik yah minum kopi ni. Mula-mula macam tak nak cuba. Tapi sebab bau dia best cik yah try lah. Alhamdulillah. Cik yah tak mengalami simptom debar-debar dan menggigil. Mengikut kata adik ipar cik yah kopi ni takde caffeine. Ooooooo, patut lahh. Tapi husband cik yah tak suka sangat kopi ni. Dia bilang kopi nya masin. Tapi untuk cik yah ok jee. Tak lah masin sangat. Dah nama ada garam buluh. So ada lah sikit-sikit rasa garam nya kan.
Begitu lah kesah nya. Nak cerita banyak-banyak pun macam tak boleh sangat. Sebab baru mula kan. Tengok lah nanti kalau ada perubahan lagi akan cik yah kabarkan pada semua. Semoga cik yah akan terus consistent makan ubat-ubat ni. Bukan untuk orang lain pun kan. Untuk diri kita jugak. Mmm. Good luck untuk cik yah. Peace!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan