Ahad, November 08, 2015

Sup cendawan cik yah

Assalamualaikum. Salam maghrib. 

Dah solat? Kalau dah meh tengok resepi yang cik yah nk share hari ni. Simple, sedap, yummy, nyumm nyummm. Hik. 


Sup cendawan cik yah


Ni resepi ni cara cik yah tau. Cara orang lain cik yah tak tau. Plus, selalu nya apa yang ada je cik yah guna. 

Bahan-bahan.

Cendawan. (Cik yah guna fresh button mushrooms) 
Bawang holland
Bawang putih
Stok ayam. (Amik 2 ketul kiub ayam maggi ke knorr rebus dalam air)
Oregano 
Thyme 
Black pepper 
Minyak jeton. ( zaitun/ olive oil)
Butter 
Cooking cream /susu. 

Cara masakan. 

Panaskan minyak. Masukkan bawang holland dan garlic. Masuk sekali butter. Biar layu. Pastu masuk cendawan. Sauté kan sampai sebati semua. Renjis-renjis oregano dan thyme seikut mahu. Biar sampai cendawan layu kejap. Tuang stok ayam. Biar didih then tutup api. 

Masukkan semua benda tadi dalam blender dan kisar. Kalau suka hancur blend lama sikit. Macam cik yah tak suka hancur. Suka chunky sikit. Ok bila dah blended masukkan balik dalam periuk. Buka api perlahan. Masukkan cooking cream pulak. Ikut suka. Nak creamy buh lebih. Tak suka creamy buh sikit-sikit ja. Tabur black pepper sikit. Garam tak payah letak. Sbb stok ayam dah masin. Anyway. Rasa dulu. Kalau suka nk masin lagi tambah la garam. Biar didih pastu tutup api. Siap. 

Boleh hidang dah. Makan dengan garlic bread pergggghh. Sedap. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan