Jumaat, Julai 10, 2015

Mee Udon Cik Yah

Assalamualaikum.. Dah masak ke? Cik yah siap dah.. Mee udon goreng je menu hari ni.. Since husband cik yah ada jemputan berbuka kat opis so cik yah buat menu simple je.. Nanti nak sahur masak nasik pastu bawak keluar lauk semalam.. Panas kan pastu ngapp.. Jimat dan tak membazir kan? Hee.. Lagipun waktu sahur diorang ni bukan nya nak makan sangat.. Nasik pun kalau boleh 3 suap je dah cukup.. Nanti cik yah pulak yang stress tengok lauk tergolek golek tak ada orang sentuh.. Penatt mak tauu.. Okay.. Korang nak ke resipi mee udon cik yah ni? Kalau nak nanti amik kt bawah eh.. Resepi ni cik yah dapat ilham masa nak mula masak tadi.. Pastu konsep dia campak-campak je.. Tak payah susah-susah nak pakai ukuran matrix nih.. Kannnn? Tag line cik yah 'kita yang masak makanan tu bukan makanan tu yang masak kita'.. Haaa kau.. Panjang tak?  Hahahha..
Ok.. Ni resepi nya eh..

Mee udon sepeket beli kat mydin..
Daging sikit potong nipis-nipis
Fishball belah dua
Sawi pak choy dua ikat 
Bawang besar
Bawang putih
Pes cili
Kicap
Minyak masak
Sos tiram
Garam

Caranya..
1: rebus mee udon sampai dia terlerai. Tapis air dan letak tepi. Biasa belakang plastik dia ada bagitau macam mana nak buat. Follow je ok. 
2: panaskan minyak. Tumis bawang besar dan bawang putih sampai wangi. Masuk pes cili. Biar sekejap sampai pecah minyak. 
3: masukkan daging. Masak sampai daging empuk. Masuk kicap dan sos tiram. Masuk pulak fishball. Kacau rata. 
4: masukkan sayur dan mee udon. Kacau rata. Tambah garam sikit. Siap!!  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan