Hi.
Hari ni cik yah nak share pengalaman cik yah handle anak batuk sampai semput. For info,anak sulung cik yah ada asthma. So each time dia kena selesema atau batuk cik yah memang dah tak boleh duduk diam. Dia memang ada puff untuk asthma. Satu ventolin puff. Yang ni ambil masa attack atau pun bila dia start batuk selesema cik yah dah start bagi. Based on the docs prescription. Second puff is seretide. Yang ni memang on daily dose. Twice a day. Susah jaga anak yang ada asthma. Rumah tak boleh berhabuk. Tak boleh ada pet. Sekarang dia dah sekolah. Risk factors kena attack lg tinggi. Ye la. Bercampur dengan ramai kawan kan. Ada yang sihat ada yang tak sihat. Kena kawan yang tak sihat, cepat lah berjangkit nya. Tapi cik yah tak kisah. No restrictions. Cik yah treat dia macam budak-budak lain. Ye lahh. Kalau dah nak sakit, kita buat la macamana pun tetap akan sakit kan.
So bila dia sakit kita jaga je elok-elok. Jangan sampai melarat. Ok. Biasa nya kalau anak cik yah dah start batuk cik yah akan start ubat dari hospital. Selain tu cik yah ada jugak Google apa lagi yang boleh cik yah buat untuk lega kan batuk dia. Salah satu nya ialah bawang putih. Ok. Apa yang cik yah buat dengan bawang putih ni. Cik yang amik dalam 2 ulas bawang putih. Pastu cucuk dengan fork. Bukak api kat stove. Bakar bawang tu sampai kehitaman sikit. Pastu angkat letak dalam mangkuk. Mash kan sikit. Tuang pulak olive oil atas garlic tu. Pastu siap lah. Boleh la guna minyak tu sapu kat dada depan dan belakang. Sapu kat betis and tapak kaki. Pakaikan stokin lepas sapu minyak kak kaki anak. In Sha Allah berkesan. Alhamdulillah.
Lagi satu bila batuk jangan minum air sejuk. Strictly. Ni semua orang pun tau kan. Hehhe. Okok. Jangan bagi anak makan buah oren. Cik yah tak tau apa kaitan nya. Tapi dah dua kali anak cik yah masuk hospital sebab buah oren. Lepas dia makan oren dia start wheezing. Dah bagi nebulizer pun still wheezing. So kalau boleh cuba elakkan bagi kat anak masa dia batuk. Ada jugak orang cakap pisang embun pun tak boleh bagi untuk anak yang semput. Tapi cik yah memang tak pernah bagi la. Cuba la elakkan ye.
Alhamdulillah. Setakat ni semua ubat ni berkesan dengan anak cik yah. Dengan izin Allah. Sapa-sapa nak cuba silakan. Kita ikhtiar. Tapi yang menyembuh kan adalah Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan