Selasa, Ogos 25, 2015

Tips Sihat #2

Hi. 

Hari ni cik yah nak share pengalaman cik yah handle anak batuk sampai semput. For info,anak sulung cik yah ada asthma. So each time dia kena selesema atau batuk cik yah memang dah tak boleh duduk diam. Dia memang ada puff untuk asthma. Satu ventolin puff. Yang ni ambil masa attack atau pun bila dia start batuk selesema cik yah dah start bagi. Based on the docs prescription. Second puff is seretide. Yang ni memang on daily dose. Twice a day. Susah jaga anak yang ada asthma. Rumah tak boleh berhabuk. Tak boleh ada pet. Sekarang dia dah sekolah. Risk factors kena attack lg tinggi. Ye la. Bercampur dengan ramai kawan kan. Ada yang sihat ada yang tak sihat. Kena kawan yang tak sihat, cepat lah berjangkit nya. Tapi cik yah tak kisah. No restrictions. Cik yah treat dia macam budak-budak lain. Ye lahh. Kalau dah nak sakit, kita buat la macamana pun tetap akan sakit kan. 

So bila dia sakit kita jaga je elok-elok. Jangan sampai melarat. Ok. Biasa nya kalau anak cik yah dah start batuk cik yah akan start ubat dari hospital. Selain tu cik yah ada jugak Google apa lagi yang boleh cik yah buat untuk lega kan batuk dia. Salah satu nya ialah bawang putih. Ok. Apa yang cik yah buat dengan bawang putih ni. Cik yang amik dalam 2 ulas bawang putih. Pastu cucuk dengan fork. Bukak api kat stove. Bakar bawang tu sampai kehitaman sikit. Pastu angkat letak dalam mangkuk. Mash kan sikit. Tuang pulak olive oil atas garlic tu. Pastu siap lah. Boleh la guna minyak tu sapu kat dada depan dan belakang. Sapu kat betis and tapak kaki. Pakaikan stokin lepas sapu minyak kak kaki anak. In Sha Allah berkesan. Alhamdulillah. 

 
Macam ni la cik yah buat minyak bawang putih. 

Lagi satu bila batuk jangan minum air sejuk. Strictly. Ni semua orang pun tau kan. Hehhe. Okok. Jangan bagi anak makan buah oren. Cik yah tak tau apa kaitan nya. Tapi dah dua kali anak cik yah masuk hospital sebab buah oren. Lepas dia makan oren dia start wheezing. Dah bagi nebulizer pun still wheezing. So kalau boleh cuba elakkan bagi kat anak masa dia batuk. Ada jugak orang cakap pisang embun pun tak boleh bagi untuk anak yang semput. Tapi cik yah memang tak pernah bagi la. Cuba la elakkan ye. 

Alhamdulillah. Setakat ni semua ubat ni berkesan dengan anak cik yah. Dengan izin Allah. Sapa-sapa nak cuba silakan. Kita ikhtiar. Tapi yang menyembuh kan adalah Allah. 

Isnin, Ogos 17, 2015

Anak Demam?!?!

Anak demam tu satu situasi yang tak berapa nak best kan. Tapi nak tak nak suka ke tak suka kita kena deal with it kan. Kalau ikut pengalaman cik yah ni anak yang sulung tu dulu selalu demam. Boleh kata sebulan sekali mesti demam. Pastu temperature dia memang tinggi. Masa first time demam tu gelabah jugak la cik yah. Tak tau apa nak buat. 

Bawak pergi hospital and consults dengan paed dia. So doc pun advised cik yah to always keep ubat demam dekat rumah. Since masa tu dah ada baby kan. So sejak dari moment itu sampai la hari ni peti ais cik yah tak pernah tak ada ubat demam anak. 

Ada dua jenis ubat demam yang cik yah simpan. Satu sirap paracetamol. Atau nama singkat sirap pcm. Panadol la kalau nak senang. Biasanya kalau anak demam cik yah bawak pi klinik. Doc bagi ubat ni. And cik yah akan mintak satu extra bottle ubat demam untuk standby dalam peti ais. Ye lahh. Ubat sirap ni kalau kita dah bukak boleh tahan untuk 3 bulan je. Lepas tiga bulan kena discard. Dose ubat kena la dapat kan nasihat dari doctor ya. 

Sirap pcm. Gambar dari Google. 

Lagi satu ubat yang cik yah wajib simpan dalam peti ais ialah voltaren suppository. Yang ni pun atas nasihat doc. Selalu nya kalau temperature anak cik yah lebih daripada 38.5'c cik yah akan masukkan voltaren supp ni melalui punggung. Alhamdulillah cepat turun demam nya. Tapi bukan lah boleh selalu amik. Ada frequency yg doctor akan bagitau kita. 

Voltaren supp. Gambar dari Google lagi. 

Selain dari ubatan ni semua cik yah buat jugak tepid sponging atau nama melayu mandi berjelum. Jelum ni bagus kalau buat masa suhu badan anak tinggi. Jangan buat lebih dari 30 minit. Dan kena sentiasa pantau suhu badan anak. Kalau suhu turun rendah pun bahaya tau. Ok biasa nya apa cik yah buat masa tepid sponging ni, cik amik satu besen air. Tap water pun boleh. Pastu amik 6 helai tuala kecik. Rendam semua dalam besen. Amik satu towel n basah kan satu badan pastu amik lagi satu towel letakkan kat dahi. 2 helai towel letak dekat ketiak kiri dan kanan. Lagi dua helai towel letak kat celah kangkang kiri dan kanan. Make sure kepala dia sentiasa basah. Rendam balik towel tu kalau rasa dah kering. Towel yang first tadi kita terus basah kan badan dia. Jangan gosok tau. Dab je pelan- pelan. Pastu kalau anak tu dah mula menggigil stop dulu. Check temperature. Kalau dah mula turun kita stop. Tapi kalau masih tinggi kita sambung balik. 

Macam ni lah lebih kurang cik yah buat. Gambar dari Google lagi. 

Lagi satu suruh anak minum air banyak. Kena paksa. Air tu penting macam semua orang tau kan. Tapi kalau demam anak masih tak kebah elok la bawak ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. 




Rabu, Ogos 05, 2015

Resepi sup ikan

Assalamualaikum. Hari ni cik yah nk share resepi je. Seperti nama tajuk entry ni. Jom tengok bahan-bahannya. 

Ikan jenahak atau ikan merah. ( cik yah pakai satu blok je)
Bawang besar, halia, bawang putih. ( hiris nipis2 je.)
Sup bunjut untuk ikan. ( dalam pek adabi ni dah ada siap dengan kayu manis, bunga lawang, bunga keras n buah pelaga.) pakai je semua ye. 
Serbuk sup sikit je. 
Carrot. Hangpa potong la lagu mana pun. Banyak mana hangpa suka. 
Minyak masak sikit ja. 
Kurma merah. 
Daun bawang. 
Garam. 

Cara-cara nak bikin:

1. Panaskan minyak n tumis bunga lawang, kayu manis, buah pelaga, bawang besar, halia sam bawling putih sampai wangi. 
2. Masuk rempah sup sikit. Biar sat. Pastu masukkan air dgn sup bunjut dan kurma merah. 
3. Masuk lobak dulu sebab lobak lambat masak. Ikan cpt lembut. 
4. Bila lobak dh agak lembut. Masukkan ikan. Kacau pelan2. Tambah garam. 
5. Bila ikan dah masak tabur hirisan daun bawang. 
6. Sekian. Terima kasih. Siap!! 

Ni la hasilnya. Jemput semua. 

Selamat Mencuba. 

Ahad, Ogos 02, 2015

Cik Yah Berjamu.

Assalamualaikum n selamat pagi. Dah lama tak menulis kat sini. Cik yah agak kesibukkan sikit dengan rutin harian. Hari ni nampak macam ada kelapangan sikit. Jadi jangan buang masa. 

Hari ni cik yah nak cerita yang cik yah sekarang tengah consumed satu jamu ni. Mustika Ratu. Alahh. Tak kan tak pernah dengar. Nama ni memang dah lama wujud. Since zaman mak cik yah lagi. Cik yah baru je mula makan jamu ni. Itu pun sebab mak cik yah yang beria suruh cik yah amalkan. 

Alhamdulillah. Setakat ni ok. Cik yah memang tak suka makan ubat. Paling menyampah sekali makan ubat. Macam satu penyiksaan bila kena suruh makan ubat. Tapi demi kesihatan dalam cik yah gagah kan la jua. Dah nak masuk minggu kedua ni Alhamdulillah cik yah masih consistent. 

Ni la yang cik yah makan sekarang. 

Buat masa ni cik yah makan jamu Mustika Ratu Surut n Mustika Ratu Perawatan Wanita. Ok. Sebelum cerita panjang lagi sukacita cik yah maklum kan bahawa cik yah TAK JUAL MANA-MANA PRODUK DALAM POST INI. Cik yah pun beli dari kedai je. Dan post ni bukan tujuan PROMOSI. Sekadar perkongsian sahaja. Ok. Got it?  

Mustika Ratu Surut tu adalah untuk membuang angin dalam badan. Dipercayai juga mampu mengempiskan perut yang buncit. Yang ni testimony mak cik yah. Tu sebab dia recommend kat cik yah. Memandang kan perut cik yah memang agak buncit so cik yah pun setuju. Satu hari cik yah pi Mydin Mall terjumpa jamu ni terus beli. Tak pikir panjang dah. Jamu ni dalam bentuk caplet. Cara pengambilan satu caplet pagi dan satu caplet malam. Masa mula-mula makan tu memang asyik burpp je. Dengan kentut. Mungkin proses pembuangan angin kot. Pastu dah lama-lama sikit kurang dah angin. Buang air besar pun lawas. Cik yah pun happy. Haha. 

Ok sekarang Mustika Ratu Perawatan Wanita pulak. Yang ni pun dalam bentuk caplet. Dalam kotak tu ada 4 plastik. Dia dah bahagi-bahagi ikut hari yang kita perlu ambil. Ikut je instructions kt belakang kotak tu. so far cik yah berpuas hati. Antara kesan yang cik yah dapat rasa adalah tumit merekah cik yah semakin pulih. Kalau tidak dulu memang teruk. Banyak kelebihan jamu ni. Tapi cik yah tak dapat nak story mory lagi sebab cik yah pun baru mula. Nanti kalau ada perubahan besar cik yah cerita ya. 

Disebabkan cik yah ni tak suka makan ubat so setiap kali makan ubat cik yah kena ambil dengan air sedap or standby gula-gula. Untuk sebelah pagi cik yah akan ambil jamu ni dengan minum Mineral Coffee, kopi pracampur dengan garam buluh. 


Cik yah tak boleh minum kopi biasa. Sebab caffeine dalam kopi akan buat cik yah berdebar-debar n menggigil. Satu hari adik ipar cik yah suggest cik yah minum kopi ni. Mula-mula macam tak nak cuba. Tapi sebab bau dia best cik yah try lah. Alhamdulillah. Cik yah tak mengalami simptom debar-debar dan menggigil. Mengikut kata adik ipar cik yah kopi ni takde caffeine. Ooooooo, patut lahh. Tapi husband cik yah tak suka sangat kopi ni. Dia bilang kopi nya masin. Tapi untuk cik yah ok jee. Tak lah masin sangat. Dah nama ada garam buluh. So ada lah sikit-sikit rasa garam nya kan. 

Begitu lah kesah nya. Nak cerita banyak-banyak pun macam tak boleh sangat. Sebab baru mula kan. Tengok lah nanti kalau ada perubahan lagi akan cik yah kabarkan pada semua. Semoga cik yah akan terus consistent makan ubat-ubat ni. Bukan untuk orang lain pun kan. Untuk diri kita jugak. Mmm. Good luck untuk cik yah. Peace!!