Assalamualaikum.
Hari ni cik yah nak share tips cara mudah dan senang nak basuh baju sekolah. Yang benarnya cik yah pun baru je dapat tips ni yang di kongsikan oleh seorang kawan.
Alhamdulillah. Setakat ni cik yah sangat berpuas hati dengan hasil nya. Tapi kerja renyah sikit la. Sebab kena basuh manually. Guna tangan. Yessss. Guna tangan dan berus kain la ofkos.
First pergi kedai beli sabun mandi buku. Apa jenama pun tak de hal. Asalkan sabun buku. Bukan yang cair ye. Ok sabun dah ada. Amik la baju sekolah anak tu. Basahkan dan sental sabun tu kat tempat kotor yang kita nampak. Tapi tempat wajib ialah kolar baju dan ketiak. Pergggghh. Kat situ la yang selalu kehitaman akibat peluh. Dah settle sental semua korang rendam pulak baju tu dalam baldi berisi air. Parutkan sabun buku tu sikit dalam air rendaman dan biarkan 15 minit. Lepas 15 minit bolehlah mula memberus. And trust me. Kotoran yang korang nampak sebelum rendam tadi memang dah hilang. Serious! So tinggal yang degil2 je. Tu pun korang tak payah nak struggle sangat memberus. Manja2 je. In Sha Allah hilang.
Cik Yah guna yang ni. Wangi.
Dah siap bilas semua. Pastu masa untuk nilakan baju pulak. Cik yah memang pantang tengok baju sekolah anak kekuningan. Sakit mata sakit hati. Haiss. So tetiap minggu la cik yah nila baju. Gigih! Ok. Benda penting untuk nilakan baju ialah nila laaa. Baldi dan air.
Cik yah biasa guna yang ni je. Ikut korang la nak guna yang mana pun. Asalkan nama dia nila.
Isi air dalam baldi dalam setengah baldi je cukup. Pastu titik nila. Ikut fasa kebiruan yang diingini. Kacau rata. Yang terperecik kat dinding baldi tu jangan biarkan nanti akan terjejas hasil.
Untuk next step cik yah masukkan softener sikit. Selain mewangikan ia juga membantu dalam proses menggosok nanti. Dannn In Sha Allah nila korang tak bertompok nanti. Iyee. Cik yah memang buat macam tu. Dah kacau rata semua maka mula sesi celup2 baju. Cik yah tak rendam lama. 5 minit pun tak sampai. Dari bilik air ke ampaian je. Sampai ampaian angkat baju dari baldi terus hanger. Jangan perah. Betulkan baju jangan bagi melekap. Pastu siap lah. Tunggu kering. Angkat dan gosok.
Cik yah pakai softener jenama ni. Wangi dan sesuai dengan kulit cik yah yang sensitip ni.
Naaah. Ni la dia yang cik yah amalkan sekarang. Untuk info cik yah tak basuh baju sekolah sehelai2. Cik yah kumpul seminggu. Isnin sampai Jumaat. Jimat masa, duit dan tenaga. Sekian. Terima kasih. Assalamualaikum.