Rabu, Julai 22, 2015

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum. Selamat pagi. Rasa nya tak lambat lagi kan kalau cik yah nak ucap kan selamat hari raya. Heheee. Sori la. Lambat sikit. Busy yang amat-amat. Selamat hari raya semua. 

Gambar dari Google 

So. Apa cerita raya korang? Best la eh. Cik yah raya rumah mentua. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Semua orang happy. Kata raya. Mesti la happy kan. 

Tahun ni kaler tema family cik yah ialah purple. Second time pakai purple. Masa kawen dulu sekali n yang ni sekali. Alhamdulillah cantik. Hehe. 

Nah. Ni cik yah belanja gambar. Hehe. 

Ok. Macam biasa menu pagi raya mesti la ada rendang, kuah kacang, ketupat nona n lemang kan. Rumah mentua cik yah pun menu sama. Kecuali lemang. Pastu ada dua additional special menus. Yang pertama ialah daging hijau. Daging hijau ni bukan lah menu baru bersempenaan dengan tag line 'mak kau hijau' tu. tak de kena mengena langsung ok. Ni resepi turun temurun. Memang daging tu kaler dia jadi hijau lepas masak.  Dia macam sate. Tapi tak ada cucuk lidi. Sedap la of course. Makan sama ketupat nona and kuah kacang. Marvelous. 

Haa. Ni la dia. Nampak sedap kan. Memang sedap pun. Nanti cik yah tanya family mentua boleh share resipi tak. 

Lagi satu menu special kami ialah laksa pekan. Yang ni favorite husband cik yah. Cik yah kurengg sikit. Makan satu cak pun susah nak abis. Memang menu wajib kat rumah sini. Tempah sampai berkilo-kilo. Diorang kat pekan ni makan laksa guna tangan. Letak laksanya. Ulam-ulamnya. Cili dan belacan. Pastu kuah. Kemudian gaul sebati guna tangan. And makan. 

Macam ni lah gaya nya. Resepi tu susah sikit kot. Sebab biasa nya memang tak masak sendiri. Tempah je kat orang kampung.  

Tekak cik yah ni dh biasa dengan laksa utagha. So tak berapa la boleh nak masuk dengan laksa nih. Apa pulak menu favorite rumah korang?

Ok la sampai sini dulu eh. Nanti ada masa kita sambung cerita. Dadaaa.  







Isnin, Julai 13, 2015

Balik Kampung Ohohoho Balik Kampung

Assalamualaikum. Salam 27 Ramadhan. Sat je kan. Dah nak sampai hujung dah ramadhan kita tahun ni. Semoga kita semua akan dipertemukan lagi dengan ramadhan tahun depan. In Sha Allah.

So hari ni cik yah dah mula pack baju untuk balik kampung. Kerja yang cik yah paling tak gemorr. Haishh. Nasib la ada lagu raya. Semangat la jugak nak mengemas.  Tahun ni turn raya kat kampung husband cik yah. Kitorang kiv gerak malam nih. Macam mana la traffic gamok nye ye. Harap-harap tenang dan lancar lah ye. Aaminn. 

Ok. Cik yah nak sembang pasal packing baju. Kalau boleh memang nak angkut satu almari dengan lemari-lemari nye sekali. Tapi tak mungkin lah kan. So sebelum start cik yah buat list dulu. Alah buat macam ni je. 

Conteng-conteng je kat whiteboard anak 


Pastu baru la kita keluar kan baju-baju ikut list. Biasa nya cik yah akan bawak extra baju. Especially untuk anak cik yah yang kecik tu. Adik. Ye la. Just in case hujan ke baju tak kering ke. At least ada spare kan. So bila dah keluar kan baju semua letak sebelah untuk lipat sebelum masuk bag. 

Haa. Sepah kan. Banyak tak? Ok la kan. Seminggu punya. 

Dah lipat baru masukkan dalam bag. Ikut korang la nak susun camane. Janji muat semua. Kalau cik yah suka gulung. Banyak boleh jimat space. Alah boleh je Google cara nak pack baju. Cik yah pun study kat YouTube and Google je. Heh. 

Tadaaa. Dah siap. Kemas tak? Hikhik.

Maka siap la satu bag. Ye satu bag. Ini bag anak-anak je tau. Bag ami ayah belum siap lagi. Haishh. Ok lah. Cik yah nak sambung kerja. Chow. Daaa. 


Sabtu, Julai 11, 2015

Cik Yah Jalan-Jalan

Assalamualaikum. Hai yuolzz. Buka dah ke. Alhamdulillah untuk rezeki hari ni kan. 

Hari ni cik yah keluar jenjalan dengan family. Pergi PWTC. Ada KL Raya Fest 2015. Happening gila kau. Orang pun punya la ramai. Banyak bebutik pilihan dengan koleksi yang cantik plus harga pun berpatutan. Untuk info lanjut tengok gambar bawah ehh. 



Dia start hari ni sampai 13hb Julai ni. Sampai pukul 5 pagi yuolzz. Macam-macam ada. Daripada baju ke tudung ke kasut ke pin tudung dengan kuih raya nya lagi. Nyesal wooo kalau tak pergi. Tu sebab cik yah gagah kan diri juga pergi situ. 



Kalau takut jam korang pegi la naik train. Cik yah tadi pun amik train. Senang. Relaks jaa. Cuma rebut- rebut kat situ la. Penuh sangat orang nya. Congested.  Cik yah rasa penganjur kena fikir kan satu solution camana tak nak bagi sesak sangat kat satu-satu kawasan tu kan. Mmm. Cakap senang la kan. Ce bagi idea tengok. Haha. 

Balik dari PWTC, cik yah anak beranak sempat berbuka kat dalam kereta je. Alhamdulillah sempat tapau pretzels kat Aunties Anne tadi. Pastu sampai je USJ kami pergi tapau makan kat Murni Discovery. Memang favorite port cik yah sekeluarga kat sini. Tapi kami jarang dine-in kat sini. Selalu tapau and makan kat rumah je. 


Ni la tempat nya. Memang selalu penuh macam ni la. Tapi dia ada banyak cawangan. Nanti kalau nak tau boleh pergi check kat website dia. Search je Murni Discovery. Nanti dia keluar la siap dengan menu dengan harga sekali. Okayy?? 

Ok lah. Cik yah nak siap-siap mandi solat jap. Pastu nak makan and tido. Ada masa jumpa lagi. Daaa. 

 

Jumaat, Julai 10, 2015

Mee Udon Cik Yah

Assalamualaikum.. Dah masak ke? Cik yah siap dah.. Mee udon goreng je menu hari ni.. Since husband cik yah ada jemputan berbuka kat opis so cik yah buat menu simple je.. Nanti nak sahur masak nasik pastu bawak keluar lauk semalam.. Panas kan pastu ngapp.. Jimat dan tak membazir kan? Hee.. Lagipun waktu sahur diorang ni bukan nya nak makan sangat.. Nasik pun kalau boleh 3 suap je dah cukup.. Nanti cik yah pulak yang stress tengok lauk tergolek golek tak ada orang sentuh.. Penatt mak tauu.. Okay.. Korang nak ke resipi mee udon cik yah ni? Kalau nak nanti amik kt bawah eh.. Resepi ni cik yah dapat ilham masa nak mula masak tadi.. Pastu konsep dia campak-campak je.. Tak payah susah-susah nak pakai ukuran matrix nih.. Kannnn? Tag line cik yah 'kita yang masak makanan tu bukan makanan tu yang masak kita'.. Haaa kau.. Panjang tak?  Hahahha..
Ok.. Ni resepi nya eh..

Mee udon sepeket beli kat mydin..
Daging sikit potong nipis-nipis
Fishball belah dua
Sawi pak choy dua ikat 
Bawang besar
Bawang putih
Pes cili
Kicap
Minyak masak
Sos tiram
Garam

Caranya..
1: rebus mee udon sampai dia terlerai. Tapis air dan letak tepi. Biasa belakang plastik dia ada bagitau macam mana nak buat. Follow je ok. 
2: panaskan minyak. Tumis bawang besar dan bawang putih sampai wangi. Masuk pes cili. Biar sekejap sampai pecah minyak. 
3: masukkan daging. Masak sampai daging empuk. Masuk kicap dan sos tiram. Masuk pulak fishball. Kacau rata. 
4: masukkan sayur dan mee udon. Kacau rata. Tambah garam sikit. Siap!!  

Checked-in

Assalamualaikum.. Selamat petang.. Salam 10 malam terakhir Ramadhan..
Salam perkenalan.. Cik yah baru je nk mula belajar berbelog.. Klu ada salah dan silap harap dimaafkan.. 😊

So.. First checked-in kita hari ni nk kisah kan pasal apa ya? Hehehe..
Blur plk cik yah. 😁

Okok.. Cerita sikit pasal cik yah lah ehh.. Cik yah ni surirumah fulltime. Ada anak dua n sorang suami. Memang la sorang kan.. Hahah. Dulu cik yah ni kerja misi@nurse. Tapi dh resigned 3 tahun dah. Now cik yah jadi nurse tuk family je.. Masa mula-mula jadi housewife tu mati kutu jugak lah.. Boring.. Tp mujur ada anak-anak peneman. Kuranglah sikit boring nya tu.. Tapi demi anak-anak dan keluarga cik yah gagah kan jua.. Duduk rumah and tumpukan sepenuh perhatian untuk family.. 

Cik yah ni suka membaca.. Paling suka baca buku novel. Cik yah ada banyak koleksi novel. Penulis yang cik yah suka Siti Rosmizah, Norhayati Berahim and Sharifah Abu Salem.. To me diorang ni semua legend dalam pernulisan novel. Cik yah takkan miss beli novel diorang. Mujur la suami cik yah memahami.. Banker cik yah tu..

Selain membaca cik yah suka memasak. Tapi cik yah tak lah pandai sangat memasak.. Cukup sekadar  makan kami sefamily.. Masak yang simple-simple je.. Janji semua orang kenyang and suka hati..  Kadang kalau blur nk masak apa cik yah suka Google kan aje.. Banyak blog-blog yang tulis pasal resepi.. 😅 

Cik yah pun suka kemas rumah.. Kalau tengok rumah kemas tu hati rasa bahagia je kan.. Kalau pulak rumah bersepah macam kapal pecah punya la sakit kepala ni melihatnya.. Cik yah paling tak minat nak uruskan perihal kain baju.. Malas sangat rasanya bila tengok laundry basket tu.. Nak-nak bila time melipat dan menggosok.. Haisshhh.. Tensi cik yah.. Tapi kena buat la jugak.. Kalau tak nanti rumah berselerak.. Kepala serabut.. Ku gagah kan jua diri ku ini.. 😖

Mmm.. Dah panjang dah cik yah membebel syok sendiri nih.. Cik yah stop kat sini dulu la ehh.. Nak masuk dapur dah.. Nak siapkan juadah berbuka.. Hari ni cik yah plan nk goreng mee udon je.. Mmm.. Tengok la nanti macam mana kejadiannya.. Kalau jadi cantik dan sedap cik yah share resepi nya ehh.. 

Ok.. Jumpa lagi di next blog.. Muoh muoh muohhh.. 😘