Selasa, Mac 22, 2016

Ikan lekat di kuali?

Assalamualaikum.

Selamat tengahari. Masak apa korang tengahari ni? Cik yah tak masak tengahari. Biasanya masak untuk dinner pastu makan untuk tengahari esoknya sekali. 

Korang mesti selalu goreng ikan kan? Pernah tak ikan tu melekat masa tengah goreng? Susah nak terbalikkan. Huishhh.. Menguji kesabaran sungguh. Dah la takut minyak panas tu meletup-letup. Tetiba ikan pulak buat perangai tak nak pusing. Hangin je rasa kan. So hari ni cik yah nak kongsi macam mana nak pusingkan ikan yang melekat masa tengah goreng.

Cara yang sangat mudah. Masa korang dapat tau je ikan tu melekat kat kuali, korang buat relax je. Jangan paksa2 ikan tu. Nanti hancur pulak ikan tu. Korang ambil sekeping asam gelugur atau nama lain asam keping atau nama lain lagi garcinia atroviridis. Satu je cukup. Pastu campakkan je dalam minyak yang tengah goreng ikan tu. Biar sekejap. Then boleh la cuba pusing kan ikan korang tu. InshaAllah senang je dia. Tak melekat dah pun. 


Ni asam keping ye. 

Senang kan? Nanti boleh cuba tau. So, ini je la tip cik yah untuk hari ni. In Shaa Allah nanti cik yah share lagi tips yang berguna dilain waktu. Daa.







Isnin, Mac 21, 2016

Tips basuh baju sekolah

Assalamualaikum. 
Hari ni cik yah nak share tips cara mudah dan senang nak basuh baju sekolah. Yang benarnya cik yah pun baru je dapat tips ni yang di kongsikan oleh seorang kawan. 

Alhamdulillah. Setakat ni cik yah sangat berpuas hati dengan hasil nya. Tapi kerja renyah sikit la. Sebab kena basuh manually. Guna tangan. Yessss. Guna tangan dan berus kain la ofkos. 

Ok jom mula. 

First pergi kedai beli sabun mandi buku. Apa jenama pun tak de hal. Asalkan sabun buku. Bukan yang cair ye. Ok sabun dah ada. Amik la baju sekolah anak tu. Basahkan dan sental sabun tu kat tempat kotor yang kita nampak. Tapi tempat wajib ialah kolar baju dan ketiak. Pergggghh. Kat situ la yang selalu kehitaman akibat peluh. Dah settle sental semua korang rendam pulak baju tu dalam baldi berisi air. Parutkan sabun buku tu sikit dalam air rendaman dan biarkan 15 minit. Lepas 15 minit bolehlah mula memberus. And trust me. Kotoran yang korang nampak sebelum rendam tadi memang dah hilang. Serious! So tinggal yang degil2 je. Tu pun korang tak payah nak struggle sangat memberus. Manja2 je. In Sha Allah hilang. 

Cik Yah guna yang ni. Wangi.

Dah siap bilas semua. Pastu masa untuk nilakan baju pulak. Cik yah memang pantang tengok baju sekolah anak kekuningan. Sakit mata sakit hati. Haiss. So tetiap minggu la cik yah nila baju. Gigih! Ok. Benda penting untuk nilakan baju ialah nila laaa. Baldi dan air.

Cik yah biasa guna yang ni je. Ikut korang la nak guna yang mana pun. Asalkan nama dia nila. 

Isi air dalam baldi dalam setengah baldi je cukup. Pastu titik nila. Ikut fasa kebiruan yang diingini. Kacau rata. Yang terperecik kat dinding baldi tu jangan biarkan nanti akan terjejas hasil. 

Untuk next step cik yah masukkan softener sikit. Selain mewangikan ia juga membantu dalam proses menggosok nanti. Dannn In Sha Allah nila korang tak bertompok nanti. Iyee. Cik yah memang buat macam tu. Dah kacau rata semua maka mula sesi celup2 baju. Cik yah tak rendam lama. 5 minit pun tak sampai. Dari bilik air ke ampaian je. Sampai ampaian angkat baju dari baldi terus hanger. Jangan perah. Betulkan baju jangan bagi melekap. Pastu siap lah. Tunggu kering. Angkat dan gosok. 

Cik yah pakai softener jenama ni. Wangi dan sesuai dengan kulit cik yah yang sensitip ni. 


Naaah. Ni la dia yang cik yah amalkan sekarang. Untuk info cik yah tak basuh baju sekolah sehelai2. Cik yah kumpul seminggu. Isnin sampai Jumaat. Jimat masa, duit dan tenaga. Sekian. Terima kasih. Assalamualaikum.  



Ahad, November 08, 2015

Sup cendawan cik yah

Assalamualaikum. Salam maghrib. 

Dah solat? Kalau dah meh tengok resepi yang cik yah nk share hari ni. Simple, sedap, yummy, nyumm nyummm. Hik. 


Sup cendawan cik yah


Ni resepi ni cara cik yah tau. Cara orang lain cik yah tak tau. Plus, selalu nya apa yang ada je cik yah guna. 

Bahan-bahan.

Cendawan. (Cik yah guna fresh button mushrooms) 
Bawang holland
Bawang putih
Stok ayam. (Amik 2 ketul kiub ayam maggi ke knorr rebus dalam air)
Oregano 
Thyme 
Black pepper 
Minyak jeton. ( zaitun/ olive oil)
Butter 
Cooking cream /susu. 

Cara masakan. 

Panaskan minyak. Masukkan bawang holland dan garlic. Masuk sekali butter. Biar layu. Pastu masuk cendawan. Sauté kan sampai sebati semua. Renjis-renjis oregano dan thyme seikut mahu. Biar sampai cendawan layu kejap. Tuang stok ayam. Biar didih then tutup api. 

Masukkan semua benda tadi dalam blender dan kisar. Kalau suka hancur blend lama sikit. Macam cik yah tak suka hancur. Suka chunky sikit. Ok bila dah blended masukkan balik dalam periuk. Buka api perlahan. Masukkan cooking cream pulak. Ikut suka. Nak creamy buh lebih. Tak suka creamy buh sikit-sikit ja. Tabur black pepper sikit. Garam tak payah letak. Sbb stok ayam dah masin. Anyway. Rasa dulu. Kalau suka nk masin lagi tambah la garam. Biar didih pastu tutup api. Siap. 

Boleh hidang dah. Makan dengan garlic bread pergggghh. Sedap. 

Rabu, Oktober 21, 2015

Kerja!

Holllaaa!!  

Calling for all nurses out there yang nak try kerja overseas and nak dapat gaji lebih. Meh meh meh. Rapat rapat rapat. Haaaa. Bukan apa, saja la cik yah nak bagitau ada WALK-IN interviews yaa. Tengok poster kat bawah. 


Menarik kan? Pegi la cuba apply. Mana tau ada rezeki. Tapi kena la penuhi requirements yang dia minta. 

Semua info dah ada kat situ. Call number tu untuk book tempat. Jangan lengah-lengah kalau berminat. Jumaat dan Sabtu ni interview nya. 

Cik yah?? Tak la kot. Bukan tak minat. Tapi hati ni tak sampai hati nak berjauhan dengan anak-anak. Tapi full respect cik yah bagi kat semua kawan- kawan cik yah yang dah ada kat sana. Diorang sangat kuat dan tabah. Cik yah doa kan diorang terus tabah. In Sha Allah. 

Ok. Sampai sini je. Nak bagitau tu je. Sapa nak try, cepat-cepat ye. Jangan terlepas. Daaaa. 



Sabtu, Oktober 17, 2015

Aglio Olio Cik Yah.

Happy Sunday yawww. 

Hari ni cik yah share resepi je. Seperti tajuk entry kita, cik yah nak share resepi aglio olio cik yah's style. 

Aglio Olio Cik Yah. 

Bahan-bahan:

1.Spaghetti ikut banyak mana korang nak. Nak guna angel hair ke vermicelli pun boleh. Ikut selera. Rebus dulu ye macam biasa. 

2. Bawang putih. Dalam 4-5 ulas

3. Minyak zaitun. Or korang panggil olive oil. Dalam 2-3 sudu. 

4. Butter. Sikit je. 

5. Udang. Cik yah guna segenggam je. Kupas buang kulit dan kepala. 

6. Ikan dowry. Amik sekeping potong cube. 

7. Chili flakes. Cik yah guna yang Dominos pizza punya je. 

8. Parsley flakes untuk hiasan. 

9. Garam seenak rasa. 

Cara masak:

First panaskan minyak dan butter. Tumis garlic sampai kuning. Masuk ikan dowry. Biar sekejap sampai dia masak. Lepas tu boleh la masukkan udang. Udang ni sat ja. Agak-agak dah masak kita masukkan spaghetti. Gaul rata. Buh garam secubit dua. Tabur chili flakes dan parsley flakes. Gaul rata dan sebati. Siap!!  

Senangkan?? Kejap je masak ni. Rajin ke tidak je. Heheh. Selamat mencuba. Daaa